nisa

nisa

Thursday 21 November 2013

Jangan Salahkan Tuhan

Assalamualaikum warahmatullah. In this enrty, saya ambil bahan daripada buku hasil karya Hilal Asyraf yang saya rasa menarik dan bagus untuk dishare. Lagipun, saya rasa saya tak cukup ilmu dan pengalaman untuk memberikan pandangan saya sendiri. Hee :) Dan saya pilih tajuk ‘Jangan salahkan Tuhan’. Hope yang membaca dan diri saya sendiri dapat tangkap something yang berguna dan jadikan panduan dalam hidup. So guys, enjoy knowledge, be a greedy person in seeking knowledge, and get generous in sharing knowledge.

“Sudah takdir, tidak dapat berbuat apa-apa lagi,”
“Allah sudah takdirkan saya seperti ini,”
“Saya sudah tak dapat berubah, lagipun saya ditakdirkan menjadi jahat,”
“Saya ni bodoh. Walaupun belajar bersungguh-sungguh, tetapi masih kekal bodoh,”

Kita biasa mendengar kata-kata ini, sama ada keluar daripada mulut orang lain, ataupun mulut kita sendiri. Kesilapan kita, adalah kita menyalahkan Allah s.w.t dalam segenap hal. Kita beranggapan Allah sudah takdirkan kita menjadi jahat, bodoh, tak dapat berubah dan sebagainya. Sedangkan, kita tak tahu apa yang Allah takdirkan untuk kita.

Jadi, jangan salahkan Allah s.w.t.

Lihat dan nilai diri kita sendiri.

Siapa mahu memilih untuk terus menjahatkan dan membodohkan diri sendiri serta tak mahu membuat apa-apa perubahan?
******
Allah s.w.t. mempunyai ilmu yang sangat luas. Kasih sayang-Nya kepada kita juga luas. One of His blessings is, Allah tidak menjelaskan ilmu-Nya yang luas itu kepada manusia. Contohnya, His knowledge on things that happen in future. Dia tak memberitahu kita. Allah tak ceritakan pada kita. Ini kerana, kalau kita tahu apa yang akan terjadi kelak, justeru terputus segala harapan dalam kehidupan manusia.

Dan, manusia yang kehilangan ikhtiar sama seperti mayat yang berjalan.

Ini kerana, mereka tak mempunyai ruang untuk berusaha.

Tetapi, Allah tak memberitahu kita berkenaan masa hadapan kita. What will happen to us. Lantas, dia wujudkan kepada kita suatu kuasa, a power, iaitu ikhtiar ataupun pilihan.

Di sini, nyalaan harapan muncul daripada manusia yang lemah.

Tanda kasih sayang Allah yang sangat luas.

‘Allah memberikan kita pilihan. Kemudian, kita berusaha’ adalah tajuk kecil dalam bab ni di mana ada dinyatakan;

Surah Al-Baqarah, ayat 256(maksudnya);
“Tak ada paksaan dalam agama Islam. Sungguh nyata kebenaran Islam daripada sebarang kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang tak percayakan taghut dan dia beriman kepada Allah, sesungguhnya dia berpegang kepada simpulan tali agama yang teguh. Allah maha mendengar, lagi maha mengetahui.”

Dengan ikhtiar yang Allah kurniakan, manusia berhak memilih. Tak ada paksaan. Cuma di sini perlu diketahui bahawa setiap pilihan ada kesannya. Every choice has its consequences.

Siapa pilih kebaikan, Allah pasti memberikan pengakhiran yang baik untuknya. Manakala, siapa yang pilih kejahatan, skhir nanti hasilnya adalah keburukan.

Inilah keadilan Allah s.w.t.

Tapi, walaupun dengan mengambil jalan kebaikan menyebabkan kita susah di dunia, kita akan diberikan kesenangan di syurga Allah yang hebat dan abadi.  Kan? Allah tu Maha Adil.

Allah juga menyuruh kita berusaha seperti dalam surah Ar-Ra’d ayat 11,
“Sesungguhnya Allah tak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

Ini adalah pemberian ataupun peluang oleh Allah kepada manusia.

Adakah kita patut menyalahkan Allah, sedangkan kita yang tidak mengambil peluang?








No comments:

Post a Comment