“Sudah takdir, tidak dapat berbuat apa-apa lagi,”
“Allah sudah takdirkan saya seperti ini,”
“Saya sudah tak dapat berubah, lagipun saya ditakdirkan
menjadi jahat,”
“Saya ni bodoh. Walaupun belajar bersungguh-sungguh, tetapi
masih kekal bodoh,”
Kita biasa mendengar kata-kata ini, sama ada keluar daripada
mulut orang lain, ataupun mulut kita sendiri. Kesilapan kita, adalah kita
menyalahkan Allah s.w.t dalam segenap hal. Kita beranggapan Allah sudah
takdirkan kita menjadi jahat, bodoh, tak dapat berubah dan sebagainya.
Sedangkan, kita tak tahu apa yang Allah takdirkan untuk kita.
Jadi, jangan salahkan Allah s.w.t.
Lihat dan nilai diri kita sendiri.
Siapa mahu memilih untuk terus menjahatkan dan membodohkan
diri sendiri serta tak mahu membuat apa-apa perubahan?
******
Allah s.w.t. mempunyai ilmu yang sangat luas. Kasih
sayang-Nya kepada kita juga luas. One of His blessings is, Allah tidak
menjelaskan ilmu-Nya yang luas itu kepada manusia. Contohnya, His knowledge on
things that happen in future. Dia tak memberitahu kita. Allah tak ceritakan
pada kita. Ini kerana, kalau kita tahu apa yang akan terjadi kelak, justeru
terputus segala harapan dalam kehidupan manusia.
Dan, manusia yang kehilangan
ikhtiar sama seperti mayat yang berjalan.
Ini kerana, mereka tak mempunyai
ruang untuk berusaha.
Tetapi, Allah tak memberitahu kita berkenaan masa hadapan
kita. What will happen to us. Lantas, dia wujudkan kepada kita suatu kuasa, a
power, iaitu ikhtiar ataupun pilihan.
Di sini, nyalaan harapan muncul
daripada manusia yang lemah.
Tanda kasih sayang Allah yang
sangat luas.
‘Allah memberikan kita pilihan. Kemudian, kita berusaha’
adalah tajuk kecil dalam bab ni di mana ada dinyatakan;
Surah Al-Baqarah, ayat 256(maksudnya);
“Tak ada paksaan dalam agama Islam. Sungguh nyata kebenaran
Islam daripada sebarang kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang tak percayakan taghut
dan dia beriman kepada Allah, sesungguhnya dia berpegang kepada simpulan tali
agama yang teguh. Allah maha mendengar, lagi maha mengetahui.”
Dengan ikhtiar yang Allah kurniakan, manusia berhak memilih.
Tak ada paksaan. Cuma di sini perlu diketahui bahawa setiap pilihan ada
kesannya. Every choice has its consequences.
Siapa pilih kebaikan, Allah pasti memberikan
pengakhiran yang baik untuknya. Manakala, siapa yang pilih kejahatan, skhir
nanti hasilnya adalah keburukan.
Inilah keadilan Allah s.w.t.
Tapi, walaupun dengan mengambil jalan kebaikan menyebabkan
kita susah di dunia, kita akan diberikan kesenangan di syurga Allah yang hebat
dan abadi. Kan? Allah tu Maha Adil.
Allah juga menyuruh kita berusaha
seperti dalam surah Ar-Ra’d ayat 11,
“Sesungguhnya Allah tak mengubah
apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri
mereka sendiri”
Ini adalah pemberian ataupun
peluang oleh Allah kepada manusia.