Jelaskan saja biar jelas
Mahu ku lepas
Agar hati hilanglah kebas
Membiarkan hatiku bebas
Dari belenggu
yang membuatkanku rimas
.... (Bunyi cengkerik, krik krik)...
Ku akui (eceh!)
Perjalanan bersama mereka
amat berharga sekali
Naik dan turun, ceria dan sugul
Kami berkongsi resepi hati
Manis, masam, pahit dan pedas cili
Manis, masam, pahit dan pedas cili
Kadangkala rasa yang sukar
ditafsir oleh tukang masak itu sendiri
Bagai si budak yang jenis ini
Mulanya rasa sudah cukup baiklah diri
Ilmu dirasakan sangat banyak dan bangga diri
Namun, seseorang ini hadir
Membawa ilmu yang jangkanya
tidak sama sekali
Takku jangka insan ini
Diam diam ubi berisi
Juga menyebabkan senyum dan tawa
menjadi daging isi di dalam hati
_Aina :)_
Dialah yang ku kata bijaksana
Personalitinya, dirinya
Aku kagumi sejak awal berjumpa
Senang bawa diri,
Mengajar aku untuk lebih yakin
dan menjadi lebih berharga
Sikapnya membuatkan terkadang
hati rasa bergantung padanya
Tetapi, secebis lagi yang ada pada dirinya
Kemudiannya menepis
perasaan itu dan
Menanamkan sikap berdikari
dan sentiasa berusaha
_Nadiah :)_
Kalau ada yang sentiasa
Menjadi madu pemanis rasa
Ada juga yang pahitnya
berbisa sentiasa (Haha)
Yang inilah dia, orangnya
Asyik menjadi yang harian
topik kisahnya
Namun, pengalaman bersama dia
Banyak juga mengajar aku perkara
Walau senyap saja orangnya
Tapi ku yakin
Dia antara yang akan berjaya
_Adilah :)_
Selamat tinggal wahai sahabat bertiga
Walau singkat waktu kita bersama
Tapi percayalah, kalian antara
yang ku hargai setiap masa
Maafkan aku atas segala silap laku dan kata
Biasalah diri ini manusia biasa (Cewah!)
Semoga berjayalah di sana
Yang di sini usahlah lupa
Sayang semua!
Weeeeeeeeee! *senyum selebar-lebarnya
Layan je lah budak ni berpuisi2 sikit eh? Kah kah.
Layan je lah budak ni berpuisi2 sikit eh? Kah kah.
Yang benar2 sayang,
NisaYang (Keh keh)
No comments:
Post a Comment