Sedar aku
Di antara hamparan langit
dan bentangan bumi
Aku,manusia
dalam sebilangan makhluk
Tuhan yang Esa
Terkadang kurasa megah
Di dalam kumpulan insan yang sekadar
Kupunya keupayaan
Kupunya kelebihan
Hinggakan riak kian menjajah
perasaan
Sedar aku
Umat yang kini
hidup di bumi yang kian rapuh
Sahajalah yang dicipta Tuhan
sebagai penghuni,
penghuni tanah ini
Takku fikir,malah
tak pernah bayangan itu
menyinggah di benak jauhariku
tentang wujudnya umat terdahulu
Bermusafir
Sebelum menghadap Tuhan yang satu
Sedarku hidup ini baru mulanya
Bumi ini baru sahaja bertatih
Umatnya
Hanyalah yang dapat kulihat kini
Namun,takku sedar bahawa
Terlalu ramainya hamba
yang telah berpindah
Usai singgah di muka bumi.
Uzurnya dunia ini tak pernah ku sedari
Goyahnya bumi ini
bagai kakinya tak berdaya lagi
Kasihankan bumi angkara isinya sendiri
Sungguh dunia ini tidak azali
jua akan pergi.
Dalam rancak kehidupanku ini,
Aku antara golongan musafir itu tadi.
No comments:
Post a Comment