nisa

nisa

Wednesday, 29 January 2014

Trypophobia?

BISMILLAH.

Have you ever heard of TRYPOPHOBIA?

No? Well,

Pernah tak rasa geli bila tengok lubang2 kecik?

Haaa tu lah Trypophobia!

(And I'm facing it now)

*****

Trypophobia ni adalah bila kita tengok struktur lubang2 yang lebih kepada lubang2 kecil. Kalau dalam bahasa jowonyo 'fear of holes' Pernah dulu masa kecik, takdelah kecik sangat..(Haha!) Masa tu asyik terbayang2 kulit ni berlubang2 je.. Tak sure lah maybe masa tu baru pas tengok National Geographic ke ape..

And haritu, bila tengok ade hamba Allah ni tweet pasal Trypophobia, apo lai, aden bukok ler.. Laa rupanya ada kajian dah.

That's all. So, korang alami Trypophobia tak? Jeng jeng jeng.

But seriously bro, Alhamdulillah tak teruk sangat.

___________

Salam.

Sayonara !

BISMILLAH

Jelaskan saja biar jelas
Mahu ku lepas 
Agar hati hilanglah kebas
Membiarkan hatiku bebas
Dari belenggu 
yang membuatkanku rimas

.... (Bunyi cengkerik, krik krik)...

Ku akui (eceh!)
Perjalanan bersama mereka
amat berharga sekali
Naik dan turun, ceria dan sugul
Kami berkongsi resepi hati
Manis, masam, pahit dan pedas cili
Kadangkala rasa yang sukar 
ditafsir oleh tukang masak itu sendiri

Bagai si budak yang jenis ini
Mulanya rasa sudah cukup baiklah diri
Ilmu dirasakan sangat banyak dan bangga diri
Namun, seseorang ini hadir
Membawa ilmu yang jangkanya 
tidak sama sekali
Takku jangka insan ini 
Diam diam ubi berisi
Juga menyebabkan senyum dan tawa
menjadi daging isi di dalam hati

_Aina :)_





















Yang dialah dia
Dialah yang ku kata bijaksana
Personalitinya, dirinya
Aku kagumi sejak awal berjumpa
Senang bawa diri,
Mengajar aku untuk lebih yakin 
dan menjadi lebih berharga
Sikapnya membuatkan terkadang
hati rasa bergantung padanya
Tetapi, secebis lagi yang ada pada dirinya
Kemudiannya menepis 
perasaan itu dan
Menanamkan sikap berdikari 
dan sentiasa berusaha

_Nadiah :)_




















Kalau ada yang sentiasa 
Menjadi madu pemanis rasa
Ada juga yang pahitnya 
berbisa sentiasa (Haha)
Yang inilah dia, orangnya
Asyik menjadi yang harian
 topik kisahnya
Namun, pengalaman bersama dia
Banyak juga mengajar aku perkara
Walau senyap saja orangnya
Tapi ku yakin 
Dia antara yang akan berjaya

_Adilah :)_
















Selamat tinggal wahai sahabat bertiga
Walau singkat waktu kita bersama
Tapi percayalah, kalian antara 
yang ku hargai setiap masa
Maafkan aku atas segala silap laku dan kata
Biasalah diri ini manusia biasa (Cewah!)

Semoga berjayalah di sana
Yang di sini usahlah lupa
Sayang semua! 

Weeeeeeeeee! *senyum selebar-lebarnya

Layan je lah budak ni berpuisi2 sikit eh? Kah kah.

Yang benar2 sayang,
NisaYang (Keh keh)







Friday, 20 December 2013

Big Day

ASSALAMUALAIKUM.

19.12.13. That was the day, the day where all students #batch98 (eceh) all over this lovely country, Malaysia, were going to receive their results for PMR.

And #batch98 is the last batch having PMR weh!

I'm glad indeed. I have no idea how the new concept of education/ exams for batch2 bawah ni works.

Ada kata susah, ada kata bagus. Well, I don't know what to say. Just, good luck for them okay!

*****
Back to the story of the day, Alhamdulillah! All good things come from Allah, indeed. All the ni'mat and happiness. I got something that really, really a good thing to me :)

I'm so happy.

The moment my name been called. No, the time when my name was going to be called. Dup dap. (And actually, my nervous tak sampai tahap yg sebenar2nya that time. Haha! Because I already knew my result!)

After receiving my result from Pengetua, busy with "tulis rahsia kejayaan" and amik gamba whatever, nangis ( haha takdelah!) say congrats to all other members, then two of my friends told me something.

Their countenance were not good and I started to feel something.

"Nama Adilah tak dipanggil." and I realised.

When several of my friends were in affliction, of course, as a friend I felt bad too.

However, life must go on! PMR je baru. Kalau tanya seniors, all of them will say "Ala PMR kacang gila." "SPM lagi mencabar". Well, I will say that to my juniors too in future. Haha!

To Adilah, you know what, I think result awak okay sangat. Maybe berapa sangat marks near missnya. Rezeki masing2, percayelah Allah Maha Mengetahui. Allah tahu yang terbaik utk kita. Just keep berdoa. Doa banyak2.

Same goes to Aliah, Anis, congratulations :)

Say Alhamdulillah. If the results we get don't satisfy us, don't be sad and do better next time!

La Tahzan :)

Good luck untuk masa2 akan datang, all friends, beloved friends :)






Thursday, 12 December 2013

Kala Hati Bertatahkan Rindu

Berkelana hati tak sangka dek diri
Mencari pelengkap yang mengisi hati
Namun, hati ini
sewenang-wenangnya berasa sepi
Di manakah hilangnya cebisan
Yang sentiasa menghiasi hari


Perasaan yang mulanya
Segan memulakan bicara
Semakin lama semakin
Segar bak bunga pekaja
Perasaan yang tiada apa
Dapat ditafsirkan dengan kata-kata
Mungkin rindu itu namanya
Tapi rindu itu apa ya
Seakan penjelasan tentangnya tiada


Ibu, ayah, kekasih mahupun rakan
Hadirnya rindu ini
Bagai pungguk rindukan bulan
Pejur seperti titisan  hujan
Namun, tak sehebat rindu
orang beriman terhadap Tuhan


Kebiasaannya rindu ini
Diiringi perasaan kehilangan
Dan mungkin juga berlaku
Sebenar-benarnya perpisahan
Sementara atau selamanya
Tentera- tentera kerinduan
Tak letih mempertahankan keindahan
Yang terkadang memerihkan
Namun, kekuatan dan ketabahan hatilah
Menjadi pasak pertahanan


Janganlah wahai hati
Kau gusarkan
Jikalau tak dipertemukan di dunia
Pastinya kita akan dihimpunkan
di suatu padang yang luas
oleh yang Maha Besar, Tuhan
Teruskan perjuanganmu
Melayari cabaran mahupun kebahagiaan
Meniti arus kehidupan.





BungaKedap 

Tuesday, 10 December 2013

Bond of Chums

The beginning sometimes unpredictable
It may be a greet at the same table
Or just an acquaintance of other people
But still,
It can be something special, memorable
As it brings jauntiness of no tolerable

Along the journey
There must be waves and gales for sure
Yet, pleasure sometimes occur
That quite hard to describe the texture
Exhilaration and delectation
Oh such blessings and great cure

No matter how many members
In this relationship full of colours
Toleration and understanding
Are like strong banisters
Do not ever perceive those matters
As matters of frivolous
Lest you will lose something
Really precious

Yet, not all friends are real friends
Friends are what we call confidants
And always there to reprimand
They are the people
Who always have positive minds
In their hands
Ready to share without vain

Indeed, if you have precious ones
Even only one,
who deserves to be called precious
Love them
 dote on them with your kindness
Yet do not ever abandon the others
Because ignorance
sometimes not a good option


Friends are experiences; whether good or bad.



Pen off.

Sunday, 1 December 2013

Bila orang jauh mari!

Bismillahirrahmanirrahim .

Pernahkah anda menjejakkan kaki ke Legoland Malaysia? 

Amboi! Macam iklan je.. Haha

Just wanna share gambo2 maso orang 'jauh' ni poi sano. Orang jauh lah sangat!



Eceh ! Intro okay, paham2 lah haha



Apa nama benda ni.. Legoland Tower haha hantam sajalah


Project X - Ememang eterbaek lah


Indian dance.


China. Tai Hao La :)

That's all. Haha. Datanglah ke Legoland Malaysia. Anda akan menikmati kepenatan berjalan kaki dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Haha. Podaa! Biaselah tu.

Thursday, 21 November 2013

Jangan Salahkan Tuhan

Assalamualaikum warahmatullah. In this enrty, saya ambil bahan daripada buku hasil karya Hilal Asyraf yang saya rasa menarik dan bagus untuk dishare. Lagipun, saya rasa saya tak cukup ilmu dan pengalaman untuk memberikan pandangan saya sendiri. Hee :) Dan saya pilih tajuk ‘Jangan salahkan Tuhan’. Hope yang membaca dan diri saya sendiri dapat tangkap something yang berguna dan jadikan panduan dalam hidup. So guys, enjoy knowledge, be a greedy person in seeking knowledge, and get generous in sharing knowledge.

“Sudah takdir, tidak dapat berbuat apa-apa lagi,”
“Allah sudah takdirkan saya seperti ini,”
“Saya sudah tak dapat berubah, lagipun saya ditakdirkan menjadi jahat,”
“Saya ni bodoh. Walaupun belajar bersungguh-sungguh, tetapi masih kekal bodoh,”

Kita biasa mendengar kata-kata ini, sama ada keluar daripada mulut orang lain, ataupun mulut kita sendiri. Kesilapan kita, adalah kita menyalahkan Allah s.w.t dalam segenap hal. Kita beranggapan Allah sudah takdirkan kita menjadi jahat, bodoh, tak dapat berubah dan sebagainya. Sedangkan, kita tak tahu apa yang Allah takdirkan untuk kita.

Jadi, jangan salahkan Allah s.w.t.

Lihat dan nilai diri kita sendiri.

Siapa mahu memilih untuk terus menjahatkan dan membodohkan diri sendiri serta tak mahu membuat apa-apa perubahan?
******
Allah s.w.t. mempunyai ilmu yang sangat luas. Kasih sayang-Nya kepada kita juga luas. One of His blessings is, Allah tidak menjelaskan ilmu-Nya yang luas itu kepada manusia. Contohnya, His knowledge on things that happen in future. Dia tak memberitahu kita. Allah tak ceritakan pada kita. Ini kerana, kalau kita tahu apa yang akan terjadi kelak, justeru terputus segala harapan dalam kehidupan manusia.

Dan, manusia yang kehilangan ikhtiar sama seperti mayat yang berjalan.

Ini kerana, mereka tak mempunyai ruang untuk berusaha.

Tetapi, Allah tak memberitahu kita berkenaan masa hadapan kita. What will happen to us. Lantas, dia wujudkan kepada kita suatu kuasa, a power, iaitu ikhtiar ataupun pilihan.

Di sini, nyalaan harapan muncul daripada manusia yang lemah.

Tanda kasih sayang Allah yang sangat luas.

‘Allah memberikan kita pilihan. Kemudian, kita berusaha’ adalah tajuk kecil dalam bab ni di mana ada dinyatakan;

Surah Al-Baqarah, ayat 256(maksudnya);
“Tak ada paksaan dalam agama Islam. Sungguh nyata kebenaran Islam daripada sebarang kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang tak percayakan taghut dan dia beriman kepada Allah, sesungguhnya dia berpegang kepada simpulan tali agama yang teguh. Allah maha mendengar, lagi maha mengetahui.”

Dengan ikhtiar yang Allah kurniakan, manusia berhak memilih. Tak ada paksaan. Cuma di sini perlu diketahui bahawa setiap pilihan ada kesannya. Every choice has its consequences.

Siapa pilih kebaikan, Allah pasti memberikan pengakhiran yang baik untuknya. Manakala, siapa yang pilih kejahatan, skhir nanti hasilnya adalah keburukan.

Inilah keadilan Allah s.w.t.

Tapi, walaupun dengan mengambil jalan kebaikan menyebabkan kita susah di dunia, kita akan diberikan kesenangan di syurga Allah yang hebat dan abadi.  Kan? Allah tu Maha Adil.

Allah juga menyuruh kita berusaha seperti dalam surah Ar-Ra’d ayat 11,
“Sesungguhnya Allah tak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

Ini adalah pemberian ataupun peluang oleh Allah kepada manusia.

Adakah kita patut menyalahkan Allah, sedangkan kita yang tidak mengambil peluang?